#Hiburan: Kanak-Kanak 3 Tahun Makan Keropok Beracun Dilaporkan Meninggal Dunia Hari Ini

Seorang daripada kanak-kanak yang tidak sengaja memakan keropok mengandungi racun tikus dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Adik Muhammad Akil Syauqi,3, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan setelah kritikal bersama-sama adiknya, Muhammad Luth Syauqi,2, yang kini masih dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Advertisement

Akil Syauqi makan keropok racun meninggal dunia

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi di mana dia memaklumkan bahawa adik Akil menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.30 pagi tadi.

Terdahulu, kedua kanak-kanak itu kritikal setelah memakan jajan berupa keropok dipercayai mengandungi racun tikus yang digunakan untuk memerangkap haiwan liar di Kampung Padang Ubi.

keropok racun

Difahamkan, lokasi kejadian itu terletak kira-kira 50 meter daripada rumah mangsa.

Ibu mangsa, Nurain,25, mendapati kedua-dua anaknya itu muntah dan menggelupur seperti diserang sawan sebelum membawa mereka ke hospital untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pembuli esha ditahan polis
1 day ago

Wanita Yang Juga Ahli Senior Psikiatri Ditahan Polis Kerana Didakwa Buli Wanita Sehingga Meninggal Dunia

The post Kanak-Kanak 3 Tahun Makan Keropok Beracun Dilaporkan Meninggal Dunia Hari Ini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments