#Hiburan: Dah Dikenali Semua, Tak Perlu Tukar Nama George Town Kepada Tanjong Penaga – Pakar

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Negeri, Wong Hon Wai memaklumkan Geroge Town, Pulau Pinang telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia setelah sekian lama jadi tidak perlu timbul keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.

Ujar Wong Hon Wai lagi, Georgetown juga telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 7 Julai 2008.

Advertisement

Pengiktirafan antarabangsa itu menegaskan kedudukan Georgetown sebagai destinasi pelancongan terkemuka di Malaysia yang menarik pengunjung dari seluruh dunia.

Nama George Town telah dikenali sejak sekian lama dan tiada sebarang isu yang timbul berkenaan dengan nama tempat tersebut.

Terdahulu, parti politik PAS Pulau Pinang telah menggesa kerajaan negeri untuk mengembalikan nama asal George Town kepada nama asalnya iaitu Tanjung Penaga yang dikatakan lebih melambangkan ‘identiti Malaysia’.

Sekadar info, nama Tanjung Penaga atau lebih dikenali sebagai Tanjong masih digunakan dalam geran-geran tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan Pulau Pinang hingga tahun 1800.

Nama Tanjong dikatakan lebih dikenali penduduk Pulau Pinang dan Seberang Perai apabila merujuk kepada bandar George Town.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

TMJ KIM PAN GON BAHAYA letak jawatan
1 day ago

"Takut Kena Temb*k? Takut Kena Culik? Terus Terang" - TMJ Cadang Kim Pan-Gon Perjelas Sebab Sebenar Punca Letak Jawatan

The post Dah Dikenali Semua, Tak Perlu Tukar Nama George Town Kepada Tanjong Penaga – Pakar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments