#Hiburan: Pemandu E-Hailing Ditemui Selamat Di Klang, Hilangkan Diri Kerana Tertekan Masalah Kewangan Kritikal

Pemandu e-hailing yang dilaporkan hilang sejak 12 Julai lalu sudah ditemui selamat oleh pihak polis, semalam.

Syahrul Asyraf Dahlan, 33, dijumpai di tepi jalan Pandamaran, Klang pada jam 5.40 petang dan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

Advertisement

Menurut polis, Syahrul Asyraf tertekan akibat mengalami masalah kewangan membuatkannya menghilangkan diri.

Hasil temu bual awal pihak polis mendapati lelaki itu tidak memaklumkan kepada ahli keluarga mengenai keberadaannya kerana dalam keadaan tekanan berikutan masalah kewangan kritikal.

Dalam pada itu, pihak keluarga Syahrul Asyraf sudah dimaklumkan tentang penemuannya.

kes orang hilang pemandu e hailing

Terdahulu, keluarga membuat laporan polis selepas tidak dapat menghubungi Syahrul Asyraf dan kali terakhir ahli keluarga berhubung adalah pada Khamis lepas.

Ketika berbalas mesej di Whatsapp, abangnya berkata Syahrul ada memberitahu dia mungkin akan menghantar seorang penumpang ke Teluk Intan, Perak.

kes orang hilang pemandu e hailing
1 day ago

Pemandu E-Hailing Hilang Sejak Seminggu Lalu Dipercayai Selepas Hantar Penumpang Ke Perak

The post Pemandu E-Hailing Ditemui Selamat Di Klang, Hilangkan Diri Kerana Tertekan Masalah Kewangan Kritikal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments