#Hiburan: Tular Remaja 13 Tahun Dipaksa Tinggal Di Koridor, Ibu Bapa Ditahan Polis – “Berak Di Tangga, Bagi Baju Sekolah Dari Tingkap Je”

Baru-baru ini, tular tentang remaja 13 tahun yang dilihat tidur di koridor sebuah flat dan penduduk kemudian membuat aduan selepas perkara itu dikatakan berlarutan.

Penduduk membuat aduan terhadap ibu bapa remaja itu yang mengabaikan anak lelakinya yang dipaksa tinggal di koridor di hadapan rumah mereka di sebuah flat di Pasir Gudang, Johor.

Advertisement

remaja dipaksa tidur di koridor

Menurut jiran, remaja tersebut sudah dibiarkan tidur di luar sejak setahun lalu malah hingga terpaksa membuang air besar di tangga. Seorang lagi jiran mengaku sering nampak mangsa mandi di tandas awam medan selera berhampiran.

Kami sendiri hairan mengapa situasi seperti itu berlaku kerana dia kelihatan normal dan bukan kanak-kanak yang bermasalah atau kurang ajar.

Kata jiran bernama Din itu lagi, ibu bapa remaja terbabit memang tidak bergaul dengan penduduk lain sejak keluarga itu tinggal di situ kira-kira 7 tahun lepas.

kes remaja dipaksa tidur di koridor

Meskipun dibiarkan seperti gelandangan di hadapan rumah sendiri, remaja itu dikatakan seorang yang baik dan rajin ke sekolah. Jiran yang bersimpati juga sering memberikannya makanan dan minuman.

Mangsa tidak dibenar masuk ke rumah, pakaian seragam sekolah diberikan ibu mangsa melalui tingkap sahaja kemudian pandai-pandai dia untuk bersiap sendiri ke sekolah.

Susulan itu, pihak polis telah menahan pasangan warga tempatan berusia 54 dan 56 tahun dan kini dalam tahanan reman.

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik itu telah diselamatkan dan dibawa untuk pemeriksaan lanjut.

adik zayn rayyan JKM
4 weeks ago

Adik Kepada Zayn Rayyan Kini Dijaga JKM Selangor

The post Tular Remaja 13 Tahun Dipaksa Tinggal Di Koridor, Ibu Bapa Ditahan Polis – “Berak Di Tangga, Bagi Baju Sekolah Dari Tingkap Je” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments