#Hiburan: Donald Trump Ditembak Ketika Berucap Semasa Berkempen, Alami Luka Di Telinga Kanan

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan telah ditembak ketika sedang berucap di dalam kempennya.

Ketika leka memberi ucapan, Trump, 78, dilihat menyentuh telinganya lalu membongkok ke lantai selepas beberapa das tembakan dilepaskan kira-kira jam 6.15 petang pada perhimpunannya yang diadakan di Butler, Pennsylvania.

Advertisement

Akibat itu, telinga kanan Trump dilihat mengalami luka sebelum beberapa ejen Perkhidmatan Rahsia AS mengiringinya turun dari pentas.

donald trump ditembak

Menerusi siaran langsung yang disiarkan, boleh didengari bunyi tembakan dilepaskan beberapa kali sebelum perhimpunan itu menjadi huru hara dan peserta kempen didengari menjerit serta menundukkan kepala.

Menurut Peguam Daerah PA, Goldinger dua maut ketika kejadian iaitu individu yang melepaskan tembakan tersebut serta seorang peserta kempen manakala dua peserta dilaporkan cedera parah.

Sementara itu, calon Repubikan terbabit kini berada dalam keadaan selamat selepas menerima rawatan di hospital tempatan dan hanya “tercalar oleh tembakan”.

Presiden Trump berterima kasih kepada pihak penguatkuasa dan pasukan penyelamat atas tindakan pantas mereka semasa kejadian ini. Maklumat lanjut akan menyusul.

donald trump ditembak

tembakan rambang
9 months ago

"Ada Orang Berwajah Sepertinya Bagitahu Siapa Yang Perlu Ditembak" - Kronologi Kes Tembakan Rambang Di Bangkok

The post Donald Trump Ditembak Ketika Berucap Semasa Berkempen, Alami Luka Di Telinga Kanan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments