#Hiburan: Tersingkir Minggu Ke-5 Gegar Vaganza, Ramli MS Suruh Nomad Komen Sendiri, Peroleh Mata Paling Rendah

Minggu Ke-5 program nyanyian Gegar Vaganza musim ke-7 telah menyaksikan perjuangan penyanyi Nomad sampai ke penghujungnya selepas dia tersingkir apabila memperoleh markah terendah berbanding pesaingnya yang lain.

Nomad dilaporkan telah memperoleh markah sebanyak 41.4 peratus apabila tampil menyayikan lagu Kasih Latifah nyanyian asal kumpulan Spider.

Ketika sesi komen dan ulasan oleh salah seorang juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, dia berkata bahawa tidak dapat memberikan komen dengan lebih lanjut dan meminta Nomad untuk memberi ‘komen sendiri’ kerana berpendapat bahawa nyanyi yang dipersembahkan pada malam itu adalah paling teruk.

Advertisement

Meskipun begitu, Datuk Ramli MS tetap memuji kesungguhan dan kerja keras yang ditunjukkan penyanyi itu.

“Nomad kau komen sendirilah! Saya tak ada point nak potong dah. Terus terang markah awak paling rendah! Tapi awak sangat tekun, bekerja keras dan seorang yang gigih,”

View this post on Instagram

Terima kasih pada semua.. banyak benda lagi aku kene belajar.. insyallah.. doakan kami di GV7 ?? #indigitalmusic #nomadgv7 #nomadaish #teamnomad #nomadisback #gegarvanganza7

Advertisement

A post shared by NMA (@nomadaish88) on

Begitu juga komen yang diberikan kepada Datuk Khadijah Ibrahim yang turut memuji semangat Nomad yang tetap meneruskan persembahan meskipun telah melakukan kesilapan dalam nyanyian.

Meneruskan perjuangan untuk minggu hadapan adalah penyanyi  Cliff Umar, Ashira, Ayu Damit, Noraniza Idris, Linda Nanuwil, Oja, Aju, Mus, Rozita Izlyn dan Yantzen. Semoga berjaya diucapkan!

Sumber : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments