Mendakwa bekas suaminya tidak memberi nafkah bulanan kepada empat anak mereka sejak mereka berpisah 12 tahun lalu, jutawan kosmetik penuh sensasi Datuk Seri Vida tampil buka mulut berhubung kisah rumah tangganya.
Menurutnya, berikutan tuntutan hadhanah yang difailkan bekas suaminya, Mohd. Amin Yasin, beliau kini sudah melantik peguam bagi berdepan kes tersebut.
“Saya sedang berbincang dengan peguam. Sekiranya perlu, saya akan hadir ke mahkamah untuk bersemuka demi keselamatan anak-anak.”
Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila bekas suami pertama Datuk Seri Vida mendakwa beliau dihalang untuk bertemu dengan dua anaknya, Cik B dan Kacak.
Lebih perit, menerusi laporan Kosmo! bekas suaminya itu juga turut mendakwa, kali terakhir beliau bekesempatan bertemu dua anaknya itu adalah pada Mei 2018 di Ipoh dan hanya dibenarkan berjumpa selama 15 minit sahaja.
Sumber: Kosmo!
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments