Mungkin nampak remeh tapi sebenarnya perihal rambut merupakan sesuatu yang sangat sensitif dan memainkan peranan yang besar dalam kehidupan para gadis tahu. Tak kisahlah yang selesa melepaskan rambut lepas atau pun yang lebih suka menyimpan kemas di sebalik hijab, kedua kumpulan ini pasti akan rosak mood kalau rambut buat ‘drama tak berbayar’.
Malah rambut yang sihat juga membuatkan semua gadis lebih bersemangat untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Rambut yang diiringi dengan bau yang wangi dan helaian yang bersinar membuatkan gadis di luar sana merasakan bahawa mereka boleh menawan dunia.
Cita-cita yang dah lama terpendam pun yakin akan dapat direalisasikan sekiranya rambut memberikan kerjasama yang baik. Tapi bagaimana solusi utama untuk menjaga rambut dengan baik dan sihat sebelum mencapai impian sendiri?
Rupanya Sunsilk mendengar keluhan para gadis yang terpaksa menghadapi masalah rambut saban hari. Lebih menggembirakan bila anda boleh memiliki rambut yang kekal sihat untuk jangka masa yang lama dek kandungan bahan semua jadi selain aroma yang wangi membuatkan hati jadi senang dengan menggunakan syampu Sunsilk ini. Best kan?
Kalau anda nak tahu, Sunsilk bukan sahaja mahu memastikan rambut semua gadis dijaga dengan rapi malah rangkaian penjagaan rambut popular ini mempunyai misi untuk membantu mereka melebarkan sayap dan mengejar impian yang sudah lama dihajati.
Disebabkan pandemik yang sudah menghantui hidup para gadis selama berbulan-bulan lamanya, ternyata ia juga meninggalkan kesan kepada rutin harian dalam kehidupan selain terpaksa menghadapi masalah dalam isu kerja dan mungkin juga pelajaran.
Sunsilk #IniSaatKita bantu gadis kejar cita-cita
Sunsilk sebagai jenama penjagaan rambut No.1 di Malaysia tidak boleh berdiam diri dan memandang sepi sahaja ‘slump’ yang dihadapi para gadis ini. Disebabkan itulah Sunsilk bangkit membawa kempen #IniSaatKita untuk mengembalikan semangat mereka semua.
Lihat sahaja Bunga, Amira Ayob dan Vivian Foo yang memecahkan tembok dan mencari kekuatan untuk bersinar dalam hari yang kelam bagi mengubah kehidupan mereka. Mereka jitu, tidak takut dan sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menggenggam impian masing-masing. Anda pun boleh menjadi seperti mereka!
Sunsilk menggunakan peluang ini untuk mengajak semua 6.3 juta gadis menyertai Kelas Inspirasi Sunsilk untuk mendapat inspirasi daripada role model dalam kehidupan sebenar menerusi platform atas talian. Bukan biasa-biasa, kerana anda boleh melihat sendiri kejayaan yang dicapai oleh Shalma Ainaa, Bunga dan Ain Edruce dalam bidang kepakaran masing-masing.
Kelas Inspirasi Sunsilk ternyata dipenuhi dengan pelbagai input menarik daripada tiga wanita hebat ini. Padat dengan informasi dan pastinya akan menjadi inspirasi kepada semua gadis untuk mengenali potensi diri sendiri. Jangan risau kalau terlepas kerana anda masih boleh menyaksikan semula live Kelas Inspirasi Sunsilk tersebut di page Facebook Sunsilk . Dijamin tak rugi!
Kelas Inspirasi Sunsilk tawar hadiah bermakna
Dengan menyertai Kelas Inspirasi Sunsilk ini, anda mungkin berpeluang memenangi pelbagai peralatan produksi video bernilai RM10,000 di bawah kategori Content Creator ataupun mendapat tawaran Sunsilk Internship selama 3 bulan serta Sijil Profesional Pemasaran Media Sosial Facebook bagi kategori Usahawan. Mana lagi anda boleh dapat peluang seumur hidup yang sehebat ini, melainkan dengan Sunsilk.
Seronok kan? Jadi apa tunggu lagi, masa untuk anda bersinar telah tiba! Rebutlah peluang keemasan ini untuk mengejar impian dan cita-cita yang terpendam bersama Sunsilk.
Kepada yang dah tak sabar nak gapai bintang di langit dengan Sunsilk, boleh lawati laman web rasmi Sunsilk ataupun media sosial seperti Instagram dan Facebook (https://bit.ly/354elUQ) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ini.
Rambut terjaga rapi, cita-cita dikecapi bersama Sunsilk!
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments