Kumpulan trio, De Fam menganggap kemunculan kumpulan nyanyian wanita terbaru, Dolla sebagai bukan saingan sebaliknya tumpang berbangga kerana tampil dengan konsep muzik yang segar dan baharu dalam industri muzik tempatan.
Menurut salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz,29, kemunculan kumpulan Dolla mengingatkan mereka kepada zaman awal penglibatan De Fam dalam industri muzik Malaysia di mana semangat sentiasa meluap-luap untuk terus berjaya.
Tidak menganggap Dolla sebagai sebuah saingan apatah lagi ingin membandingkan sesama mereka, De Fam sebaliknya berasa gembira dengan kemunculan kumpulan wanita itu dalam industri.
View this post on Instagram
“Kami tidak melihat Dolla sebagai saingan langsung disebabkan mereka muncul berkumpulan. Apatah lagi hendak membandingkan diri dengan mereka. Sebaliknya, kami sangat gembira dengan kemunculan mereka untuk fammeneruskan legasi kumpulan wanita dalam industri. Tidak kisahlah berkumpulan atau tidak, yang penting pembaharuan dibawa segar dan menarik.”
Tambah Azira lagi, mereka juga berasa kagum dengan konsep yang dibawakan Dolla iaitu muzik K-Pop dan sesungguhnya sangat berbeza dengan konsep mereka sendiri.
View this post on InstagramNever be afraid to do things that makes you feel free. ? #loveinspades . #defamPANAS
“Inilah yang kita mahukan bagi memajukan lagi industri. Jika ada lagi kumpulan wanita lain yang muncul selepas ini, lebih bagus.”
Sekadar info, kumpulan De Fam turut dianggotai Cik Manggis dan Sophia Liana selain Azira. Kumpulan ini mencipta nama sejak tahun 2015 menerusi lagu-lagu popular seperti Supergirls, With You dan Panas.
Sumber : Harian Metro
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments