#Hiburan: Seloroh Di Instagram, Zizan Razak Didakwa Nak “Try” Neelofa?

Umum ketahui, pengacara dan usahawan tersohor tanah air, Neelofa bukanlahseorang yang sering menyelitkan ayat-ayat manis di Instagram miliknya, namun kali ini beliau dilihat tampil cuba untuk tidak terlalu serius apabila meletakkan kepsyen.

zizan razak neelofa

Terbaharu, Neelofa khabarnya mengambil peluang untuk menulis sesuatu yang agak “sweet” sehingga mencetuskan tanda tanya ramai peminat yang menganggap hatinya kini mungkin sedang berbunga.

View this post on Instagram

Looking into our future together 🙈

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

“Looking into our future together.”

Bagai sudah mampu mengangak maksud disebalik kapsyen di ruangan entri tersebut, pelawak dan pengacara Zizan Razak tidak ketinggalan mengambil peluang mengusik Neelofa di ruangan komen di posting itu.

zizan razak neelofa

“Thanks awak 2021?? Hahahaha.”

Seperti sudah dijangka, komen pelawak tersebut mula mendapat perhatian netizen khususnya peminat Neelofa. Selain mendoakan agar Zizan dipertemukan jodoh secepat mungkin, pengikut usahawan itu juga dilihat selesa andai kedua-dua mereka dijodohkan.

zizan razak neelofa

Bagaimanapun, melihat kepada sifat Zizan yang suka berjenaka, ramai yakin bahawa ia hanyalah gurauan semata-mata.

Untuk rekod, sepanjang kariernya bergelar anak seni, Zizan sebelum ini sering kali dihimpit kontroversi dan dikaitkan dengan beberapa pelakon wanita tempatan seperti Emma Maembong, Juliana Evans dan Mira Filzah. Namun kesemua kini sudah disambar orang. Semoga Zizan dipertemukan jodoh dengan wanita yang baik pada masa akan datang.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments