#Hiburan: Che Ta Geram Netizen Samakan Dirinya Dan Zain Seperti Mak Dan Anak

Tidak dapat dinafikan kadang kala dirinya berdepan sifat geram apabila wujud segelintir pihak tidak bertanggungjawab sering meninggalkan komen sensitif seperti mengatakan hubungannya dengan suami iaitu Zain Saidin seperti mak dan anak, pelakon senior Rozita Che Wan akui beliau enggan melayan suara sumbang seperti itu.

Che Ta Geram Netizen Samakan Dirinya Dan Zain Seperti Mak Dan Anak

Ujar Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta yang mempunyai perbezaan usia 12 tahun dengan suami itu, dirinya difahamkan lebih selesa memilih untuk menyekat sahaja komen yang keterlaluan di media sosial.

“Jika saya muat naik gambar bersama Zain, adalah komen cakap seperti kakak dan adik. Lebih sadis, cakap macam mak dan anak. Kalau difikir serius memang geram, tetapi saya tak terlalu larut dengan komen sebegitu. Cara saya senang, komen keterlaluan, disekat sahaja.”

Che Ta Geram Netizen Samakan Dirinya Dan Zain Seperti Mak Dan Anak

Menurut Che Ta, kasih sayang itu bukanlah terletak berdasarkan ciri fizikal semata-mata, namun pada hati masing-masing.

“Cuma saya selalu ingat kasih sayang bukan berdasarkan fizikal, tetapi lebih kepada hati. Walaupun sudah ‘kerepot’, insya-Allah moga Zain akan terus setia. Lelaki jika main kayu tiga, tak perlu tunggu isteri sudah tua atau sebaliknya.”

Che Ta Geram Netizen Samakan Dirinya Dan Zain Seperti Mak Dan Anak

Terdahulu, Che Ta pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, bagaimanapun mengesahkan sudah berpisah selepas beberapa tahun bersama.

Namun, berkahwin semula dengan Zain pada Disember 2013 dan dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana.

Sumber: BH Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments