Pelakon Wan Sharmila mendedahkan bahawa dia sudah enam tahun tidak menyambut hari raya Aidilfitri semenjak kematian ibu tercinta, Raidah Abd. Aziz pada tahun 2015 yang lalu.
Wan Sharmila yang lebih mesra dikenali sebagai Lala memberitahu bahawa dia lebih memilih untuk mengurung diri di rumah sepanjang hari lebaran.
View this post on Instagram
Jika sebelum wabak COVID-19 melanda dunia, Wan Sharmila katanya pasti akan terbang ke luar negara untuk bercuti ketika orang lain menyambut hari raya di tanah air.
“Sebenarnya saya memang dah tak beraya seorang sejak arwah ibu meninggal pada tahun 2015. Jadi tahun ini genap enam tahun saya tidak beraya. Arwah bapa saya pula memang dari saya kecil sudah meninggal dunia. Saya ada seorang abang tapi dia menetap di Johor Bahru. Bila ibu saya dah tak ada, perasaan nak beraya itu terus hilang. Jadi saya dah biasa tinggal seorang diri di rumah pada hari raya..”
Ujarnya lagi, dia pernah menghilangkan diri dengan menutup telefonnya selama tiga hari bermula pada malam raya.
View this post on InstagramAdvertisement
Ekoran daripada tindakannya itu, sahabat dan juga ahli keluarga telah menjadi bimbang malah hampir membuat laporan polis gara-gara perbuatannya itu.
Jelas pelakon drama popular 7 Hari Mencintaiku ini lagi, tujuannya berbuat demikian adalah kerana tidak mahu merasai suasana raya disebabkan kesedihan kehilangan bonda tersayang.
View this post on Instagram
“Bukan tak move on, tapi saya masih tak boleh lagi nak menyambut perayaan tanpa arwah. Malah saya akan buka siaran TV cerita tamil ke sebab nak elak rasa suasana hari raya..” ujarnya mengakhiri temubual bersama media, baru-baru ini.
The post Wan Sharmila Tutup Telefon Tiga Hari, Dah 6 Tahun Tak Sambut Raya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments