Setelah mengumumkan bakal menimang cahaya mata ketiga yang juga kembar sama seperti sebelum ini tidak lama lagi, angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya, Dr. Halina kalini mengumumkan jantina bayi kembar yang dijangka lahir pada bulan November ini.
Dr. Sheikh Muszaphar mengumumkan mengenai perkara itu di laman instagram miliknya dan turut memohon doa orang ramai supaya isterinya diberikan kemudahan dan kesejahteraan serta anak dalam kandungan sentiasa sihat sentiasa.
“Alhamdullilah, ianya kembar, lelaki dan perempuan. Sangat teruja, Dr Halina ketika ini sedang 22 minggu tempoh kehamilan. Masih panjang lagi perjalanan, minta doakan untuk kesihatan dirinya semuanya..kembar tengah baring sebelah-menyebelah..”
Dalam entri berikut, Dr. Sheikh telah berkongsi gambar bayi kembar tersebut sedang baring sebelah-menyebelah serta menunjukkan jantina lelaki dan perempuan.
Di ruangan komen, pengikut serta peminat keluarga bahagia ini rata-rata mendoakan keselamatan ibu dan kandungan. Semoga yang baik-baik sahaja untuk Dr. Halina dan bayi-bayi dalam kandungan!
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments