#Hiburan: Gara-Gara Digigit Tikus Di Tempat Letak Kenderaan, Didi Astillah Terpaksa Diberi Suntikan

Mendedahkan kepada umum bahawa dirinya berdepan detik cemas apabila kakinya digigit tikus sewaktu berada di tempat letak kereta di Kuala Lumpur kemarin, pelakon dan penyanyi Didi Astilah kongsi kisah tersebut di laman Instagramnya.

Gara-Gara Digigit Tikus Di Tempat Letak Kenderaan, Didi Astilah Terpaksa Diberi Suntikan

Menurut adik ipar penyanyi Aliff Aziz ini, tikus berkenaan berlari di atas kakinya dan oleh kerana terkejut, Didi dengan tidak sengaja terpijak haiwan tersebut dan ia membuatkan tikus itu terus menggigit kakinya.

View this post on Instagram

This happened last night. Masa keluar with my friends, KAKI KENA GIGIT TIKUS 🤦🏻‍♀️ lepastu pergi clinic KENA 💉 pula (benda paling D tak suka dari sekolah rendah dulu) haihhhh DUGAAN…..🤣🐀🐀🐀🐀🐀 • Time baru sampai parking kat jalan imbi ( sg Wang area ) then D terkejut ada tikus gemuk lari kat kaki D and D terpijak dia. Lepas tu jerit kuat gila so mungkin disebabkan jeritan tu kuat sgt tikus tu pun takazutttt and gigit kaki D. 😆 Then tengok kat kaki dah ada darah. Terus panic jap bukan risau pasal sakit ke apa tapi takut kalau nanti jadi Tikus Women 🦹🏻‍♀️ tapi Alhamdulillah so far ok je. Cuma harini kaki bengkak. Hihi. • Thank you semua yang wish D kat dm & whatsapp 🙈❤ Jadi berhati-hati di jalan ya ada tikus melintas 🤣

A post shared by DA (@didiastillah) on

“Didi terkejut ada tikus gemuk lari kat kaki Didi dan Didi terpijak dia. Lepas tu jerit kuat gila jadi mungkin disebabkan jeritan tu kuat sangat tikus tu pun terkejut juga dan gigit kaki Didi.”

Bagaimanapun, Didi memaklumkan, kakinya kini kian sembuh dan tiada apa-apa yang kritikal berlaku terhadap dirinya.

“Bila tengok kat kaki dah ada darah. Terus panik jap bukan risau pasal sakit ke apa tapi takut kalau nanti jadi Tikus Women. Tapi Alhamdulillah setakat ini. Cuma harini kaki bengkak.”

Dalam pada itu, Didi memberitahu beliau terus bergegas ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Gara-Gara Digigit Tikus Di Tempat Letak Kenderaan, Didi Astilah Terpaksa Diberi Suntikan

“Kaki kena gigit tikus. Lepastu pergi klinik kena suntikan pula (benda paling Didi tak suka dari sekolah rendah dulu) haihhhh dugaan.”

Seperti sudah dijangka, menjengah ke ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikutnya di laman berkenaan dilihat begitu prihatin dengan kondusi kesihatan Didi. Ramai dalam kalangan peminat turut mendoakan agar segala urusan Didi dipermudahkan dan berharap agar tiada kecederaan serius berlaku.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments