#Hiburan: Bijak Cari Peluang Ketika Masih Popular, Nabil Ahmad Tak Kisah Dilabel Tamak

Menyedari kerjaya seni tidak selamanya berada puncak, pelawak, pengacara dan pelakon, Nabil Ahmad kini sedang rancak merancang pelbagai perniagaan agar masa depannya bersama isteri dan tiga cahaya mata terjamin.

Bijak Cari Peluang Ketika Masih Popular, Nabil Ahmad Tak Kisah Dilabel Tamak

Menurut Nabil, Selagi ada ‘lubang’, selagi itulah beliau akan terus menggali peluang. Malah, Nabil juga khabarnya langsung tidak kisah andai wujud suara sumbang melabelkannya sebagai seorang yang tamak.

“Lagipun, nama masih dikenali dalam industri, kenapa tidak digunakan peluang yang ada untuk kepentingan masa depan saya dan keluarga.”

Bijak Cari Peluang Ketika Masih Popular, Nabil Ahmad Tak Kisah Dilabel Tamak

Ujar Nabil, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, segala undangan pengacaraan dan persembahan daripada bulan Mei hingga Disember dibatalkan berikutan pandemik COVID-19 sehingga menyebabkan kerugian beratus ribu ringgit akibat lebih 20 persembahan dibatalkan.

Nabil juga khabarnya kini sedang giat menerokai bidang perniagaan. Antara bisnes yang yang dikendalikannya termasuklah penubuhan syarikat penerbitan, KMN Production yang banyak menerbitkan telefilem dan drama untuk Astro.

Bijak Cari Peluang Ketika Masih Popular, Nabil Ahmad Tak Kisah Dilabel Tamak

Selain itu, Nabil turut memperkenalkan fesyen pakaian jalanan atau ‘streets wear’ menerusi jenama LuPK Sendiri dengan menjalin usaha sama bersama rangkaian jenama produk sukan terkemuka, Al-Ikhsan.

“Satu kesilapan jika saya sebagai selebriti tidak menggunakan keistimewaan yang dimiliki untuk mempromosi dan memasarkan produk sendiri.”

Meskipun sedang rancak mengendalikan perniagaan, Nabil memaklumkan bahawa segala yang dilakukan ini bukanlah kerana mahu mengundur diri daripada bidang seni. Sebaliknya, masih belum mengenal erti bosan untuk terus berkarya, kerana nekad mahu mengembangkan empayar perniagaan demi masa depan keluarga.

Sumber: BH Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments