#Hiburan: Pakai Seluar Tinggi Paras Pusat, Pelakon Hafiz Roshdi Dipuji Netizen Tutup Aurat Ketika Bersenam

Pelakon bertubuh sasa, Hafidz Roshdi baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen apabila berkongsi fotonya memakai seluar sehingga ke paras pusat ketika melakukan aktiviti bersenam.

Dia yang kini aktif menjalani aktiviti latihan seni mempertahankan diri Muay Thai telah berkongsi foto berkenaan di laman instagram miliknya baru-baru ini. Hafidz turut memberitahu dia telah menjalani latihan Muay Thai itu selama hampir 105 hari sehingga ke hari ini.

View this post on Instagram

Ready or not here i come ?? , . . Becoming The Beast day 105 • Unleash Level 5 • , . . #ConstantlyKeepGoing #BeastMode #DoWhatYouLove #NeverStop

A post shared by ????????? ??????????? (@hafidz.roshdi) on

 Ada juga di kalangan netizen yang berseloroh mengatakan Hafidz sedang ‘posing patuh syariah’ apabila dilihat memakai seluar dengan gaya seperti itu.

Dalam pada masa yang sama, ramai yang tampil memberi pujian kepada pelakon drama Tundukkan Playboy Itu apabila dia dilihat telah menjaga aurat seorang lelaki meskipun menjalani gaya hidup aktif.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments