Sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Izreen Azminda dan suami, Ude Wahid meraikan ulang tahun perkahwinan mereka secara bersederhana dan bermakna.
Izreen atau nama sebenarnya, Izreen Azminda Aznam telah berkongsi berita gembira tersebut di laman instagram miliknya.
Membuatkan ianya lebih bermakna, pelakon berbakat ini turut memuat naik sebuah entri video memaparkan dia menyanyikan lagu Kau Segalanya bersama suami tersayang.
View this post on InstagramAbaikan suara yg so so tu.. Kami bukan penyanyi habaq Awai2 ? (sekali skala takpa kot no ?)
View this post on Instagram
Peminat serta pengikut yang mengikuti perkembangan pasangan ini rata-rata mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.
Mengimbas kembali, Izreen Azminda telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pemuzik Ude Wahid pada 8 Ogos 2017 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia satu tahun.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments