#Hiburan: Dilabel Penyanyi Kampung Dan Tiada Rupa, Usop Didakwa Sentap?

Sekadar hanya mahu membuktikan bakat yang ada pada dirinya merupakan segala-galanya, penyanyi Usop akui tidak patah semangat biarpun acap kali dilabel sebagai artis kampung dan seorang individu yang tiada rupa.

Usop Akui Tak Sentap Dilabel Penyanyi Kampung Dan Tiada Rupa

Menurut Usop, tidak adil andai meletakkan rupa paras sebagai ukuran, sebaliknya nilai bakat lebih penting untuk seseorang penyanyi.

“Jangan menilai saya dari segi rupa paras, sebaliknya lihatlah bakat. Ada sesetengah netizen beranggapan saya penyanyi kampung. Kenapa, penyanyi kampung tidak boleh berjaya ke?”

Katanya lagi, biarpun redha diduga dengan ujian sebegitu, namun Usop mendedahkan ia bukanlah penghalang untuk dirinya tampil menyerlahkan dalam sebuah program nyanyian yang disertainya.

Usop Akui Tak Sentap Dilabel Penyanyi Kampung Dan Tiada Rupa

“Diakui, rezeki saya kurang menyerlah disebabkan tiada rupa paras, tetapi saya mahu membuktikan semua ini bukan halangan menerusi pentas Big Stage 2020.”

Ujar Usop, meskipun undangan nyanyian tidak banyak diterimanya berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara, beliau bagaimanapun yakin program yang disertainya ini mampu membuka ruang rezeki untuk dirinya menyinari industri hiburan tempatan.

Usop Akui Tak Sentap Dilabel Penyanyi Kampung Dan Tiada Rupa

Terdahulu, Usop mendedahkan beliau kini giat membantu ibunya berniaga nasi kandar di negeri kelahirannya iaitu Kedah. Kata Usop, hasad dengki manusia menyebabkan perniagaan ibunya musnah dan kini hanya mampu berniaga di depan rumah sahaja.

Untuk rekod, Usop merupakan bekas protege Hazama menerusi program reality Mentor Milenia 2017. Hasil penat lelah beberapa minggu, penyanyi itu berjaya dinobatkan sebagai naib juara dan meraih hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 beserta trofi.

Sumber: BH Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments