#Hiburan: Balu Abam Bocey Didakwa Tak Sedih Dengan Kematian Suami

Meluahkan rasa terkilannya apabila ada pihak yang mendakwa dirinya seolah-olah tidak pernah bersedih dengan pemergian suaminya iaitu Abam Bocey, balu pelawak Siti Nurhidayah Mohd Ali tampil bersura berkenaan hal tersbeut.

Balu Abam Bocey Didakwa Tak Sedih Dengan Kematian Suami

Menurutnya, beliau langsung tidak pernah terkesan dengan suara-suara sumbang yang tidak pernah tahu akan perasaan sebenar yang perlu ditanggungnya selama ini.

Hidayah berkongsi kisah duka itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

View this post on Instagram

Ada orang berkata aku xsedih dengn kematian suami xpela cakap lah apa pun Allah yang Maha mengetahui segalanya,ingat lagi pesan arwah suami sayangg biarlah apa pun orang nak kata kita mereka bukan bagi kita makan janji kita dengan cara kita jangan berhenti berdoa Allah sentiasa ada bersama kita😊.. Kesedihan xperlu di tunjuk-tunjuk, Bersedih (selain takut kerana Allah) tidak diajarkan dalam agama. Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih. Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” QS. At-Taubah: 40 Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” QS.Ali ‘Imran:139 Al-fatihah suamiku syed umar mokhtar #allahbersamakita #kitabaikramaisayang #jangansibukhalorang

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on

“Tak mengapalah, cakaplah apapun, Allah maha mengetahui segalanya. Ingat lagi pesan arwah suami ‘sayang, biarlah apa pun orang nak kata kita, mereka bukan bagi kita makan, janji kita dengan cara kita, jangan berhenti berdoa Allah sentiasa ada bersama kita.”

Entri tersebut menyaksikan Hidayah tampil bersama bersama anak tunggalnya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini sudah menginjak usia setahun.

Balu Abam Bocey Didakwa Tak Sedih Dengan Kematian Suami

Jelasnya lagi, mungkin orang di luar sana tidak melihat kesedihan sebenar yang dirasainya kerana beliau langsung tidak pernah menjaja kisah sedihnya kepada umum.

“Kesedihan tak perlu ditunjuk-tunjuk. bersedih (selain takut kerana Allah), tidak diajarkan dalam agama. Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih.”

Balu Abam Bocey Didakwa Tak Sedih Dengan Kematian Suami

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut bersimpati dengan isi hati yang didedahkan kepada para pengikut di laman berkenaan. Bahkan, pengikut juga tidak ketinggalan menitip kata-kata semangat di ruangan komen entri tersebut.

Untuk rekod, Hidayah sebelum ini telah berkahwin dengan Abam pada Disember 2017. Bagaimanapun, pada 10 Februari lalu, Abam disahkan meninggal dunia di kediamannya di Gombak akibat demam panas.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments