Tampil berkongsi beberapa tips yang diamalkannya sepanjang kehamilan isterinya, pelakon Nur Fazura yang kini telah sarat hamil, pelakon tampan Fattah Amin akui banyak meluangkan masa bersama isteri selepas pulang dari kerja.
Menurutnya, antara perkara yang selalu diamalkan Fattah adalah membaca surah Yusuf dan Mariam kepada bayi dalam kandungan isterinya yang telah memasuki usia tujuh bulan.
“Antara surah yang saya baca adalah surah Yusuf dan Mariam, Insya-Allah, saya percaya akan kebaikan membaca surah-surah ini kepada bayi dalam kandungan.”
Biarpun isterinya menunjukkan sedikit perbuahan dari segi “mood” ketika sedang hamil, namun pelakon yang popular menerusi drama Playboy Itu Suami Aku akui sentiasa bersabar dan melayankan sahaja kerenah isterinya.
“Saya faham, sudah tentu wanita yang sedang hamil akan mengalami sedikit perubahan dari segi mood mereka, begitu juga isteri saya. Tetapi, sebagai suami, saya perlu banyak bersabar dan sentiasa berada di sisi dia, layankan sahaja kerenahnya.”
Untuk rekod, Fattah dan Fazura atau lebih mesra dengan jolokan #Fattzura telah sah menjadi pasangan suami isteri pada 27 November 2017.
Biarpun telah mendedahkan berita kehamilan isterinya sekitar April lalu, namun pasangan kegemaran ramai ini masih merahsiakan jantina anak malah tidak menolak kelak akan tetap mendedahkan perkara tersebut kepada umum.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments