Selepas membuat pengakuan dirinya kini sudah memeluk Islam sejak setahun lalu, penerbit dan pengarah drama popular, Michael Ang sentiasa mendapat perhatian umum khususnya pengikut di laman Instagram.
Semakin mendalami dan mengenali Islam, menerusi entri di Instagram, Michael dilihat telah berkongsi antara momen solat berjemaah bersama dengan kru produksi di bawahnya.
Bagaimanapun menurutnya, beliau tampil memaklumkan bahawa dirinya langsung tidak berniat untuk menunjuk kebaikan yang dilakukannya kepada umum.
“Bukan nak menunjuk saya rasa sangat tenang dan ini adalah catatan terakhir saya mengenai perkara ini!”
Bahkan, beliau juga berharap agar orang ramai tidak mempunyai persepsi yang tidak baik terhadap orang industri seni dalam menunaikan tuntutan wajib.
Hal ini kerana, beliau tidak menafikan terdapat segelintir individu tidak bertanggungjawab kini seakan memandang serong mengenai soal agama melibatkan para selebriti dan kru disebalik tabir.
“Pada korang yang selalu anggap kita orang dalam industri ni bukan-bukan jangan la cepat menghukum. Iman setiap manusia ada antara dia dengan Allah.
Meskipun begitu, ujar Michael, beliau yang kini sedang sibuk mengarah drama Perempuan Tanpa Dosa itu khabarnya gembira kerana dapat berjemaah bersama semua krew di set penggambaran.
Menjengah ke ruangan, rata-rat pengikutnya menzahirkan rasa syukur buat Michael dan rakan-rakan. Malah wujud juga rakan selebriti yang tampil memuji sikap mulia Michael dan tidak putus mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments