#Hiburan: Netizen Menyampah Janna Nick ‘Menggedik’ Dengan Suami Elfira Loy?

Sikap Janna Nick ketika mengacara rancangan Melodi yang bersiaran Ahad lalu sekali lagi dikritik netizen.

Kali ini, ramai tidak tahan melihat aksi Janna yang didakwa terlalu ‘gedik’ dengan suami Elfira Loy iaitu Faris Khairol Anuar yang menjadi tetamu jemputan dalam program hiburan tersebut.

Rata-rata netizen menganggap Janna tidak menghormati Elfira dan meminta agar beliau lebih menjaga adabnya sebagai seorang wanita. Tidak salah kalau hendak bergurau asalkan jaga batasnya.

Bukan kali pertama dikritik, kami rasa Janna sudah kebal dengan kecaman netizen. Mungkin juga beliau tidak sedar kelakuannya itu kerana ia berlaku secara spontan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments