#Hiburan: (VIDEO) Komen Padu Caprice Mengenai Pergaduhan PA Sajat Dan Jurujual

Insiden pergaduhan pembantu peribadi Nur Sajat dengan seorang jurjual pada Ahad lalu menjadi viral dan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian selebriti popular, Caprice. Seperti yang anda semua tahu, Caprice memang rajin mengulas tentang isu semasa dan viral.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Caprice berkata isu pergaduhan antara dua orang lelaki  bukanlah perkara baru dan sepatutnya tidak perlu disensasikan.

Apa yang dikatakan oleh Caprice mendapat sokongan daripada netizen yang turut memberikan komen tentang isu LGBT.

Memang padu ayat Caprice, agak makan dalam kepada sesiapa yang terasa. Apa komen anda?


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments