#Informasi: Satu Lagi Masjid Dimusnahkan Oleh AS.

SEBUAH masjid di timur Syria musnah selepas dibom oleh tentera
SEBUAH masjid di timur Syria musnah selepas dibom oleh tentera Amerika Syarikat.


WASHINGTON 25 Jan. - Tentera Amerika Syarikat (AS) memusnahkan sebuah lagi masjid di timur Syria yang didakwanya sebagai pusat operasi kumpulan pengganas Daesh di kawasan tersebut.
Agensi berita Anadolu yang memetik kenyataan Pusat Pemerintah Tentera AS (CENTCOM) berkata, serangan itu dilakukan menerusi Operasi Inherent Resolve, gelaran tentera AS bagi campur tangan negara itu di Iraq dan Syria, bagi memerangi ancaman Daesh.
Minggu lalu, AS menyerang sebuah masjid di utara Syria sehari selepas empat rakyat AS termasuk dua daripada tentera mereka maut dalam serangan bunuh diri di Manbij. -AGENSI

Lihat sebelum ini..

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments