Semenjak dua menjak ini, kedai-kedai yang menjual produk kecantikan memang banyak bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ini memudahkan dan menguntungkan kita selaku pengguna untuk membuat pilihan. Iyerlah, makin tinggi persaingan, makin banyaklah promosi, produk dan diskaun yang ditawarkan oleh setiap kedai ini. Salah satu kedai yang sedang menjadi tumpuan ramai dan sentiasa penuh dengan pengunjung ialah My Beaute Village, yang baru sahaja dibuka Disember 2018 lalu di EkoCheras Mall.
Tanpa melengahkan masa, meh kita tengok 7 sebab kenapa My Beaute Village ini menjadi kegilaan ramai, lebih-lebih lagi dengan kehadiran sambutan Tahun Baru Cina yang semakin hampir, confirm ada promosi.
- Apa yang anda nak, semuanya ada
Pencuci muka, maskara, krim muka, sabun mandi, syampu dan apa sahaja yang terlintas di kepala anda, semuanya ada dijual di My Beaute Village ini. Paling penting, jenama-jenama yang terpampang di kaunter mereka bukanlah produk-produk biasa. Semua yang femes-femes dari Korea (Skindom, Skinestica), Australia (HOLA, Rebirth), Itali (Depilia, Echosline) dan juga Perancis. Senang cakap, hanya produk yang terbaik dijual di My Beaute Village untuk memastikan penjagaan tubuh badan anda adalah sempurna.
- Ruang yang luas & susun atur yang kemas
Walaupun sentiasa penuh dengan pengunjung, My Beaute Village tetap memastikan setiap pembelinya dapat ‘bershopping’ dengan keadaan selesa dan tenang tanpa perlu bersesak-sesak. Susun atur yang kemas dengan ruang berjalan yang lapang memudahkan pergerakan. Tak adalah sempit sampai terlanggar bahu pelanggan lain. Kita pun happy dapat bergerak bebas tanpa sebarang halangan.
- Promosi “LIKE & SHARE” untuk membawa pulang hadiah yang bernilai RM88.80
Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina ini, salah satu promosi yang tak masuk akal “My Beaute Village” adalah LIKE & SHARE untuk memperolehi hadiah yang bernilai RM88.80. Semua orang boleh menyertai promosi yang akan berlangsung pada 26 dan 27 Januari ini. Jika tak sempat, korang boleh just menyertai pada hari bulan 1 hingga 3 Februari. 4 cara mudah di bawah untuk menyertai promosi LIKE & SHARE:-
- Tangkap gambar di photo booth yang disediakan di My Beaute Village
- LIKE Facebook Page My Beaute Village dan kongsikan gambar yang telah diambil tadi di laman Facebook anda.
- Jangan lupa untuk check in di “My Beaute Village” dan tulis hashtag #mybeautevillage ketika berkongsi gambar anda itu
- Tunjukkan perkongsian tersebut kepada staff My Beaute Village dan bawa pulang hadiah bernilai RM88.80 tersebut.
- Voucher tunai RM20
Khas untuk para pengunjung My Beaute Village, anda juga berpeluang mendapatkan voucher tunai bernilai RM20 dengan setiap pembelian produk HOLA dari Australia yang bernilai RM100 ke atas di dalam satu resit. Promosi ini akan bermula pada 26 Januari ini dan berakhir pada 26 Mac 2019 kelak. Voucher tue nanti bolehlah digunakan untuk beli produk-produk kecantikan yang lain. Dah banyak dah boleh jimat kat situ. Bijak kan?
- Hadiah PERCUMA bernilai ratusan ringgit
Untuk menunjukkan tanda terima kasih (serta memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina anda), My Beaute Village turut sama menawarkan hadiah PERCUMA bernilai ratusan ringgit apabila anda membeli produk-produk tertentu. Bila tengok hadiah yang ditawarkan, memang boleh geleng kepala dibuatnya. Semua best-best belaka. Contohnya seperti:-
- Semua produk “TERKINI & TERBARU” ada di sini
Selalunya rakyat Malaysia ini akan dapat menggunakan produk yang dah berada 3,4 bulan berbanding negara asal produk tersebut. Kiranya kita ini selalu terlambat sikitlah. Tetapi istilah tersebut tiada di My Beaute Village kerana mereka membawakan produk yang terkini dan terbaru special untuk anda semua. Contohnya seperti S+MIRACLE ESSENCE MASK dari Korea, Kepro Haircare dari Italy dan Laura Conti Lip Balm dari Eropah. Memang My Beaute Village ini tersangatlah up to date dan sentiasa pantas mengemaskini inventori mereka demi untuk rakyat Malaysia.
- Staff-staff yang comel dan baik hati
Tiada apa yang lebih penting buat semua para pengunjung My Beaute Village selain daripada layanan mesra daripada staff-staff. Diorang nie semua comel-comel orangnya, baik hati dan sudi membantu anda. Tanya je apa sahaja soalan yang terbuku di hati, pasti akan dijawab dengan penuh jitu dan tepat. Jangan korang try mengorat sudahlah. Heheh.
Jadi tunggu apa lagi? Hujung minggu ini silalah ke My Beaute Village di EkoMall Cheras untuk tidak melepaskan peluang membeli segala produk kecantikan terkini dengan promosi-promosi awesome yang sedang ditawarkan. Untuk Maklumat lanjut layari Facebook My Beaute Village. Selamat bershopping!!!
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments