#Hiburan: Tidak Perlu Tulis Bila, Saya Pun Sudah Habis Edah – Jue Aziz Dan Suami Sudah Bercerai

Sejak mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal, pelakon Jue Aziz tidak lagi begitu aktif dalam dunia hiburan.

Terbaru, Jue memberitahu beliau sudah bercerai dengan suaminya tetapi enggan berkongsi lebih lanjut mengenai perceraian mereka dan hanya mengatakan mereka berpisah secara baik. Keputusan itu adalah demi kebaikan masing-masing.

Kami bercerai secara baik dan tiada pergaduhan pun. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Bayu (bekas suami) juga memahami perceraian ini untuk kebaikan masing-masing.

Tidak perlu tulis bila tarikh kami bercerai kerana saya sudah habis edah pun. Walaupun sudah bercerai hubungan kami masih baik sampai sekarang.

Jue dan Bayu berkahwin pada 9 Mac 2014 tetapi tidak dikurniakan cahaya mata. Walaubagaimanapun, mereka mempunyai seorang anak angkat lelaki Darwish Naufal.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments