#Hiburan: Aroma Menyengat, Rasa Memikat – KFC Parmesan Truffle Crunch Enak & Lazat

Pada suatu petang yang tenang, telefon Abang Nara berbunyi beberapa kali tanpa henti menandakan masuknya mesej menerusi applikasi Whatsapp dengan banyak. Terus Abang Nara pun membukanya, iyerlah kot-kot ada mesej urgent ke. Rupa-rupanya salah seorang kawan Abang Nara telah spam beberapa KFC Parmesan Truffle Crunch.

Memang meleleh air liur Abang Nara dibuatnya melihat hirisan Keju Parmesan dan truffle yang membaluti ayam rangup Hot & Spicy KFC. Terus Abang Nara pun balas mesej tersebut dengan satu pertanyaan yang berbunyi “sedap ke wei menu baru KFC nie?”. Jawapan yang Abang Nara terima ialah sekeping gambar yang menggambarkan kenikmatan dan kelazatan KFC Parmesan Truffle Crunch ini.

“Aroma menyengat, rasa memikat” untuk hidangan terbaharu KFC ini memang sesuai sangat sebab Abang Nara yang tengok gambar pun dah boleh terbau aromanya yang membangkitkan selera. Dah la Abang Nara memang pencinta keju & fried chicken. Confirm kenyang!!!

Minggu ini, Abang Nara akan mencuba sendiri rasa KFC Parmesan Truffle Crunch ini selepas tak tahan melihat gambar yang dihantar oleh kawan. Korang kalau yang nak try, kena pergi cepat-cepat kerana hidangan ini adalah untuk masa terhad. Maklumat lanjut boleh layari www.kfc.com.my dan Facebook KFC Malaysia. Selamat menjamu selera!!!




sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments