#Informasi: Lagi Janji PH.. Gagal Tembusi Orang Asli..

BARISAN kepemimpinan Pakatan Harapan dalam ceramah di PRK Cameron Highlands malam tadi. -UTUSAN ONL
BARISAN kepemimpinan Pakatan Harapan dalam ceramah pada PRK Cameron Highlands malam tadi. - UTUSAN ONLINE


SAYA berasa dejavu. Iaitu terasa seperti peristiwa yang sama berulang. Bila rasa itu timbul ia meresahkan.
Saya resah apabila mendengar kempen pilihan raya kecil yang berlangsung di Cameron  Highland.
Barisan kepemimpinan Pakatan Harapan iaitu dikepalai Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang galak menebar pesona dan janji supaya pengundi memilih calon parti itu pada 26 Januari ini.
Gerombolan itu menjadikan alasan pembangunan akan tersekat jika pengundi tidak memilih mereka.
Beberapa bulan yang lalu saya juga mendengar janji yang sama ketika langkah Port Dickson dibuat bagi membolehkan Anwar masuk ke parlimen dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.
Bagaimanapun laporan yang saya terima dari biro Negeri Sembilan tiada sebarang usaha dibuat untuk mengatasi masalah rakyat khususnya kesesakan lalu lintas pada hujung minggu ekoran kedatangan pelancong.
Politik apakah ini? Inikah yang dikatakan Malaysia Baharu? Apa lagi alasan yang hendak diberi? Port Dickson telah memberi kemenangan besar kepada Anwar dan Pakatan Harapan. Negeri berkenaan juga diperintah oleh parti yang sama dengan Persekutuan.
Kenapa janji di Port Dickson belum ditunai, kini tanpa segan silu menabur janji di Cameron Highlands pula.
Taktik yang sama digunakan, iaitu meminta diberi peluang untuk mewakili kawasan tanah tinggi berkenaan demi memastikan kemajuan dapat dibawa.
Cameron Highlands dan Port Dickson mempunyai persamaan iaitu kedua-duanya adalah kawasan pelancongan antarabangsa.
HANYA berapa kerat sahaja penduduk Cameron Highlands keluar mendengar kempen Pakatan Harapan di Tana HANYA berapa kerat sahaja penduduk Cameron Highlands keluar mendengar kempen Pakatan Harapan di Tanah Rata, malam tadi. - UTUSAN ONLINE
Namun perbezaan dua kawasan ini amat ketara. Port Dickson kawasan pantai dan panas, manakala Cameron Highlands tanah tinggi yang dingin.
Pengundi parlimen tanah tinggi ini berjumlah kira-kira 32,000 orang yang tersebar di kawasan yang luasnya hampir sama kombinasi Negeri Sembilan dan Melaka.
Undi penentu di sini ialah terletak pada Orang Asli yang merupakan 20 peratus penduduk. Setakat ini Pakatan Harapan masih gagal menembusi benteng ini. Pemimpin Pakatan Harapan, Fuziah Salleh sendiri ketika tinjauannya merungut tok batin tidak hadir dan beliau menuduh Barisan Nasional telah menculik tok batin.
Sebenarnya mereka bukan diculik, tetapi enggan bertemu dengan jentera parti lain, kecuali Barisan Nasional.
Saya sendiri ketika membuat tinjauan di kampung Orang Asli sukar mendapat kerjasama kerana disangka jentera parti yang hendak berkempen. Melalui cerita, mereka, beberapa anggota jentera parti Pakatan Harapan dinasihatkan pulang ketika cuba berkempen dari rumah ke rumah.
Orang Asli memang kuat kesetiaannya dan mengenang jasa kerajaan negeri Barisan Nasional dan khususnya mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sangat rapat dengan masyarakat berkenaan. Rasa kasih itu telah melekat di hati dan bukan dibuat-buat berlandaskan hipokrasi.
Justeru kerajaan Pakatan Harapan sepatutnya tampil dengan plan pembangunan Cameron Highlands dan bukan hanya datang serta bercakap kosong sebagaimana mereka lakukan di Port Dickson dan pilihan raya umum yang lalu.
Sikap sebeginilah menyebabkan rakyat sakit hati dan bertekad menolak kehadiran pemimpin parti berkenaan.
Defisit keyakinan rakyat jelas dilihat di media sosial dan di Cameron Highlands.
Jika kalah Pakatan Harapan tidak seharusnya membalas dendam dengan menyekat pembangunan, sebaliknya berusaha bercermin diri dan membuktikan setiap yang dijanji ditepati.
Berhenti menyalahkan kerajaan terdahulu, berhenti bergaduh berebut projek dan jawatan. Beri tumpuan kepada membela nasib rakyat dan memulihkan ekonomi negara yang semakin memburuk sejak Pakatan Harapan mengambil alih.
Keyakinan dan kasih itu akan datang sendiri. - UTUSAN ONLINE


sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments