#Hiburan: Vokal Ke Laut, Syok Sendiri Menyanyi – Netizen Kritik Nyanyian Live Fazura

Tidak pernah berputus asa mencapai impiannya untuk menjadi penyanyi, Nur Fazura tealah melancarkan single berbahasa Inggeris pertamanya berjudul Can’t Forget Me.  Mempunyai rentak yang agak ‘catchy’ lagu tersebut mendapat sambutan yang baik dan berjaya menduduki tangga pertama dalam carta iTunes Malaysia hanya selepas beberapa jam dilancarkan.

Baru-baru ini, Fazura telah menyanyikan lagu tersebut secara langsung di Konsert Elmina Lakeside dan berkongsi pentas dengan artis antarabangsa Shane Filan daripada kumpulan Westlife serta Namewee.

Namun,  nyanyiannya secara langsung dikritik hebat netizen. Suaranya agak sumbang dan kurang sesuai dengan lagu tersebut. Betul ke tak sedap sangat?

Ini bukan kali pertama Fazura dikritik tetapi beliau tetap bersikap positif dan yakin ketika membuat persembahan. Ada juga netizen yang memuji sikap beliau itu.

Tidak mengapa, bukan mudah untuk puaskan hati orang, apa yang penting selalu positif dan mencuba yang terbaik.

Kredit Video : YouTube Stail MY


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments