#Informasi: Ingat Tu PH. Satu Pengajaran Dari Manifesto.



Parti yang berjaya membentuk kerajaan dengan menggunakan terlalu banyak manifesto populis tidak akan mampu bertahan lama. Negara Jepun punyai pengalaman dalam pilihanraya dengan memilih Parti Demokratik Jepun (DPJ) sebagai kerajaan. DPJ sendiri wujud hasil gabungan daripada beberapa parti pembangkang pada 1998. 

Pilihanraya Jepun pada 2009 telah mengangkat DPJ menjadi sebuah kerajaan dengan mengalahkan Parti Liberal Demokratik (LDP) yang telah sekian lama berkuasa. DPJ dalam pilihanraya 2009 terlalu banyak menggunakan manifesto populis seperti menurunkan harga minyak, pendidikan percuma, dan menghapuskan tol. Bukan sekadar manifesto sahaja, bahkan mereka telah mengemukakan kaedah untuk melaksanakan janji-janji tersebut. 

Pada 2012, rakyat Jepun telah kembali memilih LDP sebagai kerajaan kerana sebahagian besar janji yang dibuat oleh DPJ tidak ditunaikan. Situasi yang berlaku di Jepun 10 tahun lepas ada persamaan dengan apa yang Malaysia alami pada PRU-14. Tidak dinafikan, kemenangan PH bukan hanya kerana faktor kekuatan manifesto sahaja tetapi terdapat faktor lain juga. Tetapi, selepas berjaya menjadi kerajaan, manifestolah yang menjadi kayu ukur kepada keupayaan PH menjadi sebuah kerajaan. 

Kesimpulannya, sebuah parti yang menjual terlalu banyak manifesto populis pasti tidak akan mampu menunaikannya dan tidak akan bertahan lama. Tempoh satu penggal lima tahun bukan satu masa yang panjang. Jangan sia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat. Jangan buat rakyat menyesal memilih PH. Sedar diri, tunai janji dan baiki segera kelemahan, in shaa Allah rakyat pasti bijak menilainya dan jangan lupa BN/PAS masih punyai tenaga untuk bangkit.

Syahidulamri @ PyolDin
Bachok
26 Januari 2019
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments