#Hiburan: Instagram Sudah Padam Akaun Sajat?

Laman Instagram merupakan medium buat Nur Sajat memuat naik apa sahaja termasuklah video ataupun ada kalanya sindiran pedas terhadap netizen jika beliau dihimpit kontroversi.

Terbaru, akaun Instagramnya @nursajat23 gagal ditemui lagi dan menurut sumber kepada @makcik_puaka, akaun Sajat telah dipadam oleh pihak Instagram sendiri.

Ia tindakan susulan selepas pihak mereka menerima  aduan daripada netizen berkaitan akaun tersebut yang didakwa melanggar syarat dan panduan pengguna.

Namun, Sajat nampaknya tidak mudah berputus asa dan sudah mempunyai akaun Instagram dengan nama baru.  Bagaimanapun, rata-rata netizen berkata, bukalah berapa banyak akaun sekali pun mereka akan tetap laporkan kepada pihak Instagram. Bengang sungguh netizen dengan Sajat.

Sumber Berita : Mak Cik Puaka


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments