#Hiburan: Datuk Red Minta Padam Babak Adira Bersentuhan Dengan Lelaki Lain Dalam Muzik Video

Bukan mudah untuk bergelar penyanyi apatah lagi kalau diarahkan untuk melakonkan sesuatu babak di dalam muzik video yang mungkin akan menimbulkan rasa kurang senang orang lain.

Baru-baru ini suami kepada Adira Suhaimi iaitu Datuk Red tidak merestui babak bersentuhan isterinya itu untuk muzik video lagu terbarunya dan meminta pihak yang berkenaan memadam babak tersebut.

Saya kecewa dengan babak bersentuhan itu seolah-olah tidak menghormati saya sebagai suami Adira. Sehari sebelum penggambaran saya sudah beri amaran dan saya dapat tahu mereka tetap buat juga. Sebelum pelancaran saya sudah hubungi Adira dan pengurus agar buang babak tersebut. Tapi mereka tidak layan. Apa mereka rasa benda haram macam itu boleh naikkan Adira semula dalam industri?

Saya bagi tempoh untuk mereka usahakan tapi sampai sekarang masih lagi tiada apa-apa tindakan. Sekarang saya akan usahakan muzik video itu dipadamkan dari Internet selagi ada selagi itu dosa saya berjalan.

Bukan tidak menyokong kerjaya Adira tetapi biarlah apa yang dilakukan ada batasnya. Mungkin boleh sahaja menggunakan selimut sebagai lapik dalam babak tersebut agar tidak mengundang fitnah.

Apa-apa pun, kami harap Adira dan suaminya dapat menyelesaikan isu ini dengan baik.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments