#Hiburan: Buat Video Seakan Bercakap Dengan Kekasih, Netizen Kritik Janna Nick Kurang Cerdik

Jika anda ‘follow’ Instagram Janna Nick, beliau memang gemar memuat naik video reaksi dan dalam cara seolah-oleh sedang bercakap dengan teman lelakinya.

Bagaimanapun, bukan semua orang suka dengan gaya beliau itu dan mengecam Janna seorang yang cantik tetapi kurang cerdik.

Meskipun dikecam, Janna tetap positif dan mengambil kritikan itu sebagai satu pujian. Katanya, kadang-kadang seseorang itu perlu berlagak kurang cerdik untuk orang lain berasa lebih pandai.

Relaks, janganlah terlalu serius. Ada kalanya apa salah untuk melayan sesuatu dengan selamba sahaja, tidaklah kita selalu tertekan ye dak? Apa pula kata anda?


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments