#Hiburan: Berhenti Sebarkan Fitnah! – Sherry Ibrahim Berang Dituduh Buat Muka

Mempunyai wajah yang lebih cantik dan runcing, pelakon Sherry Ibrahim sebelum ini pernah menafikan khabar angin beliau melakukan pembedahan kosmetik.

Kami ingat isu tersebut sudah reda tetapi baru-baru ini, ada seorang individu menggunakan akaun palsu mendakwa Sherry sebenarnya menipu.

Mengenali  rapat dengan ahli keluarga Sherry, individu tersebut mendakwa memang benar Sherry ada membuat perubahan pada wajahnya untuk nampak lebih cantik.

Berang dengan tuduhan itu, Sherry menerusi akaun Instagramnya menyifatkan kenyataan itu adalah fitnah semata-mata.  Malah, beliau juga tidak pernah kenal dengan individu itu.

Bersabarlah Sherry, anggap sahaja dia cemburu dengan wajah anda yang lebih menawan sekarang. Tidak perlu terlalu tertekan, asalkan berada di pihak yang benar.

Kredit Foto : Kaki Foto


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments