Bukan sahaja cantik dan berjaya dalam karier dan perniagaan, selebriti popular Neelofa dipuji netizen sebagai seorang yang prihatin serta baik hati kerana tidak lupa untuk membantu mereka yang memerlukan.
Berkesempatan untuk melakukan aktiviti kebajikan hujung minggu lalu, Neelofa telah menaja barang keperluan untuk 10 keluarga menerusi CSR Neelofa x NeelofaTeam yang diadakan di Kuala Selangor.
Saya dan peminat iaitu NeelofaTeam sering menjalankan aktiviti seperti ini sepanjang 2018. Bezanya tahun ini, saya memilih untuk melakukannya pada skala yang lebih besar dan kumpulan sasaran yang lebih luas . Sejujurnya, aktiviti sebegini memberikan satu pengalaman yang sangat membuka mata saya tentang erti kehidupan dan pengorbanan.
While doing CSR with Lofa yesterday, there were many heartwarming moments. Seeing all these people smiled and got excited when they met Lofa was just amazing! And seeing Lofa got even more excited meeting them was just love! Ini satu moment yang paling menyentuh hati. pic.twitter.com/xh7ux7GlVT
— Amirul Ashraf (@mierulashruff) January 27, 2019
Selain daripada barangan asas seperti gula, beras, tepung, sabun pencuci dan barang makanan. Neelofa juga turut menyumbangkan kelengkapan rumah seperti set meja makan, peti ais, mesin basuh, dapur memasak dan juga sedikit sumbangan kewangan.
Terharu dengan sumbangan dan kunjungan dari Lofa, Nenek ini mendoakan agar Lofa cepat bertemu jodoh! ?#csrneelofaxneelofateam pic.twitter.com/nktdjtXzzF
— Amirul Ashraf (@mierulashruff) January 27, 2019
Peminat juga sempat berkongsi video ketika program itu berlangsung. Antara yang menjadi perhatian adalah saat seorang warga emas terharu apabila diberikan sumbangan oleh Neelofa. Aksi spontan Neelofa yang terus memeluk wanita itu menyentuh perasaan ramai.
Besar pahala membantu mereka yang memerlukan. Semoga Neelofa dimurahkan rezeki.
Sumber Berita : Kosmo Online & Amirul Ashraf
Kredit Foto : Instagram Neelofa Team
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments