Kejayaan pelakon Rozita Che Wan ataupun Che Ta dalam bidang perniagaan memang tidak dapat dinafikan lagi, beliau sering mengeluarkan produk baru yang mampu menarik hati pelanggan.
Baru sahaja melancarkan produk span solekan bersama rakan baiknya yang dikenali sebagai Anas, ada pula netizen yang sudah mula mengkritik nama produk itu, Apam Che Ta berbaur agak lucah.
Bagaimanapun, Che Ta tidak mahu ambil pusing dengan segala kritikan. Kata Che Ta, cuba untuk berfikiran terbuka dan janganlah sentiasa melihat sesuatu daripada sudut negatif sahaja.
Kadang-kadang nak gelak pun ada dengan pertikaian atau perkara sensasi yang cuba dibangkitkan netizen. Tapi kalau nak fikir apa yang mereka cakap, nampaknya, sampai ke sudah kita tidak akan maju ke hadapan. Kita anggaplah mereka ini seolah memberi publisiti percuma untuk saya… Tak jadi kudis pun. Tapi kalau semua benda hendak dilihat daripada sudut negatif, teruklah jadinya. Cuba kita buka sikit minda dan jangan terlalu jumud.
Samalah untuk produk span ini. Kalau ada yang cakap istilah ‘apam’ itu sesuatu yang lucah, saya fikir mereka sudah jauh terpesong. Janganlah sampai melayang jauh melihat istilah apam sebagai bayangan kepada benda lain.
Katanya nama Apam Che Ta diinspirasikan dari kuih kegemaran mereka berdua dan tidak mempunyai maksud lain.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments