#Hiburan: Zahirah Macwilson Beri Bayangan Bapa Restu Percintaan Bersama Aiman Hakim

Sejak mengumumkan mereka sedang hangat bercinta, hubungan Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza dikatakan antara yang paling manis ketika ini. Kata orang, boleh lihat betapa berserinya kehidupan mereka berdua kini.

Bukan sahaja mendapat restu daripada peminat dan ibunya, Zahirah memberikan bayangan bahawa bapanya, Zainol Macwilson juga sudah merestui percintaannya itu.

Memuat naik foto bersama bapa tercinta di Instagram dengan kapsyen tentang hubungan akrab mereka anak-beranak dan betapa beliau menyayangi bapanya, Aiman juga dilihat meninggalkan komen pada foto tersebut.

Membalas komen cinta hatinya itu, Zahirah bertanya mungkin selepas ini Aiman mahu berjumpa dengan ibunya yang menetap di Perth, Australia.

Rasanya semua orang tahu, bukan mudah untuk bapa Zahirah memberikan ‘green light’ kepada lelaki yang bercinta dengan anak perempuan kesayangannya itu. Biasalah, seorang bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Namun, Aiman cukup bertuah dan semoga segalanya dipermudahkan serta ada jodoh sehingga ke jenjang pelamin.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments