#Hiburan: Bekas Finalis Dewi Remaja, Ernisha Dan Fazreen Tampil Mohon Maaf

Selepas Haneesya Hanee, dua lagi bekas finalis Dewi Remaja 2018/2019  iaitu Erni Nurshahira (Ernisha) dan Faizni Fazreen tampil memohon maaf berhubung kontroversi mereka berhibur di kelab malam dan meminum arak.

Mengakui kesilapan kerana sudah melanggar kontrak Dewi Remaja, Ernisha berharap dengan permohonan maaf ini, isu tersebut tidak akan dipanjangkan lagi.

Di sini saya ingin memohon maaf kerana saya akui perbuatan melanggar kontrak itu adalah kesalahan saya. Saya berharap dengan pengakuan ini, isu ini tidak akan dipanjangkan. Kami pun tidak mahu fikirkan mengenai apa-apa pertuduhan yang saya muat naik sebelum ini. Past is past, saya hanya ingin fikir secara positif. Mungkin ada hikmah kejadian ini berlaku.

Fazreen yang turut memohon maaf dan sama seperti Ernisha, beliau juga berharap apa yang berlaku tidak akan lagi diperkatakan dan ingin fokus membina kariernya.

Saya memohon maaf, saya tahu ia kesalahan saya dan ia boleh menjejaskan nama saya serta syarikat.  Saya berharap perkara yang lepas itu tidak lagi dikenang, dan semoga selepas ini hanya perjalanan karier saya yang diperkatakan. Kami belajar daripada kesilapan ini, sama juga seperti kita yang pernah melakukan kesalahan sebelum ini. Bagi yang mengecam, kami ambil jalan untuk tidak menghantar reply kepada mereka.

Pada 17 Januari lalu, gelaran Dewi Remaja 2018/2019 milik juara Haneesya Hanee ditarik balik dan tiada Dewi Remaja untuk edisi kali ini. Ernisha dan Fazreen pula dilarang menggunakan gelaran finalis Dewi Remaja bagi sebarang aktiviti seni mereka pada masa akan datang.

Sumber Berita & Foto : Remaja


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments