#Hiburan: Syed Saddiq Buka Mulut Isu Abang Dan Emma Maembong

Foto pelakon Emma Maembong tidak bertudung serta gambar mesranya bersama Syed Abdullah mencetuskan pelbagai spekulasi dan boleh dikatakan sebagai berita paling sensasi minggu ini.

Sebagai seorang adik kepada Syed Abdullah, sejak beberapa hari ini Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq turut terkena tempiasnya dan dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen.

Salah seorang netizen menyarankan Saddiq agar menegur abangnya yang dianggap telah mencalarkan nama keluarga mereka. Tidak hanya berdiam diri, Syed Saddiq tampil menjawab komen tersebut. Katanya, setiap teguran yang dibuat mahupun perbincangan yang diadakan di antara keluarga mereka tidak perlu didedahkan kepada umum.

Terdahulu, Emma telah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesilapannya membuka tudung dan menafikan beliau wanita yang duduk di celah kangkang lelaki tersebut dan berdua-duaan di dalam bilik.

Sumber Berita : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments