#Informasi: Wanita Mangsa Utama 'Keldai Akaun'


DUNGUN, 25 Januari -  Wanita dipercayai mudah menjadi mangsa utama keldai akaun akibat terpedaya dengan kata-kata manis  'mat negro' atau 'orang putih'.

Pegawai Penyiasat Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis (IPD) Dungun, Inspektor Nurul Amynah Ismail berkata, golongan wanita terutama ibu muda, balu dan isteri yang mungkin kesepian menjadi sasaran jenayah melalui media sosial itu.

"Sekarang makcik-makcik sudah 'advance', pandai main 'facebook' , 'WeChat' dan 'WhatsApp' , jadi dekat dalam facebook tu dia terima 'friend'.
" Tapi itu sebenarnya adalah cara-cara macam mana untuk perangkap kita, dia tahu kita banyak duit, jadi daripada situ chatting-chatting," ulas beliau.

Amynah berkata demikian swbagai ahli panel pertama di dalam bual bicara Majlis Cakna Wanita 1.0 di Dewan Sivik, Batu 48, di sini, kelmarin. 
Katanya, pemangsa lazimnya akan meminta  mangsa untuk poskan kad atm beserta nombor pin.

"Janji-janji untuk berkahwin, kononnya untuk pergi ke Malaysia untuk berkahwin, tapi sebenarnya makcik-makcik ini telan menjadi keldai akaun tanpa disedari.
"Di mana akaun-akaun itu digunakan untuk menipu orang lain pula, mangsa seterusnya akan memasukkan wang ke dalam  nombor akaun yang diberikan.
" Jadi sekarang ini makcik itu didenda sebagai keldai akaun kerana polis akan mencari siapa keldai akaun ini baru dia cari siapa mangsa jenayah, " katanya

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun yang merasmikan program itu. 
Program anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Rantau Abang dihadiri hampir 100 peserta wanita.

Sementara itu Alias yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri menyeru masyarakat sentiasa bekerjasama dengan polis untuk membanteras jenayah tanpa mengira sama ada lelaki ataupun wanita.

"Kerjasama bukan sahaja melaporkan jenayah yang dilakukan tetapi juga sentiasa mengingatkan sesama masyarakat.
"Tujuan program ini sebenarnya adalah untuk mendedahkan kepada wanita supaya mengambil cakna yang lebih kepada masyarakat lebih-lebih lagi kepada isi rumah kita sendiri," ujarnya.

Menurut beliau,  kerajaan negeri kini giat memerangi kegiatan pengedaran pil kuda, bagaimanapun tanpa kerjasama daripada masyarakat menyalurkan maklumat pastinya jenayah itu tidak mampu dikekang dengan jayanya.

"Kalau tiada kerjasama ini  sampai bila kita tidak dapat kesan siapa pengedar... anak-anak lagi telah didedahkan dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan remaja-remaja zaman kini," katanya lagi. (Teganukita)

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments