Pelakon Nora Danish memaklumkan ramadan kali ini ada membuatkan dia sedikit bersedih namun bersyukur ahli keluarga sentiasa ada menemaninya.
Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif,42, dia dan bekas suami, Nedim Nazri juga selalu bertemu jika berkelapangan.
Saya dan bekas suami masih rapat, jadi kami selalu berjumpa. Namun Ramadan ni terfikir-fikir juga apa Nedim makan, tapi sekadar itu sajalah sebab kami biasa bersama.
Saya tinggal berdekatan dengan ibu, jadi tidak rasa kehilangan.
Tambah Nora, dia dan Nedim kerap menghadiri majlis agama bersama-sama dan tidak melihat ia sebagai satu kesalahan jika berbuat perkara yang bermanfaat.
Kalau hendak buat benda baik, kita harus jemput mereka yang mahu bersama. Bagi saya, Nedim adalah bapa kepada anak saya. Jadi apabila hendak buat kebaikan, apa salahnya bersama.
Saya pun teringin hendak buat majlis tadabbur di rumah sendiri.
Pelakon jelita itu turut menyimpan azam untuk menyambut Ramadan lebih daripada hari raya Aidilfitri nanti.
Dia juga sebelum ini telah mengerjakan umrah sebelum bulan Ramadan dan menganggap ia sebagai pengalaman mengujakan serta menginsafkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Terfikir-Fikir Juga Apa Dia Makan..” – Nora Danish Hadir Majlis Ilmu Bersama Nedim Di Bulan Ramadan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments