Sedia maklum, kemesraan yang sering dipaparkan oleh selebriti, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq sejak kebelakangan ini selalu mendapat perhatian dan ramai yang gembira jika mereka benar-benar bersama.
Keluarga restu Bella dan Syed Saddiq bercinta?
Bukan saja mendapat perhatian netizen, malah ahli keluarga Syed Saddiq turut mengikuti ‘perkembangan’ hubungan kedua-dua individu itu.
Kata abang Ahli Parlimen Muar itu iaitu Space Dollah, keluarganya restu jika Bella dan Syed Saddiq benar-benar bercinta serta gembira melihat adiknya semakin bahagia apabila bersama pelakon tersebut.
Kalau korang nak tahu, mama paling rajin re-share. Kalau boleh, kita sama-sama doakan diorang ada jodoh dan something happen sebab jarang nampak adik saya happy macam ni.
‘Bella wanita yang sesuai untuk Saddiq’
Malah, Space Dollah turut berseloroh setuju netizen mahu ‘mogok’ di hadapan Parlimen jika kedua-duanya tidak bersama.
Dalam pada masa yang sama, abang Syed Saddiq merasakan Bella merupakan wanita yang sesuai untuk bersama dengan adiknya.
Saya sebagai abang akan support dia. Saya juga mahu ucapkan terima kasih kepada mereka yang support Saddiq.
The post Abang ‘Approved’ Syed Saddiq & Bella Astillah Bercinta – “Mula-Mula Rasa Sekadar Kerja Tapi Sekarang Saya Rasa Tak..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments