Baru-baru ini, abang kepada Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq iaitu Space Dollah tampil meluahkan perasaannya susulan adik mempunyai kes perbicaraan melibatkan empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkait dengan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).
Tak sanggup tengok Syed Saddiq masuk penjara
Melalui sesi podcast tersebut, Space Dollah atau nama sebenarnya, Syed Abdullah mengakui tidak sanggup melihat Syed Saddiq dimasukkan ke dalam penjara.
Bagaimanapun, dia mendedahkan adiknya itu sudah bersedia untuk memasuki penjara jika keputusan mahkamah tidak berpihak kepadanya.
Saya dah kenal Saddiq untuk jangka masa yang sangat lama dan bila saya tengok orang yang jujur jadi macam ni, saya begitu dan kecewa.
Yakin adik boleh ubah negara ke arah lebih baik
Biarpun berasa sedih, tetapi Space Dollah berkata dirinya bersama keluarga dan rakan-rakan di Muar dapat menilai sendiri kebaikan Ahli Parlimen tersebut dan rakyat Muar boleh menjadi bukti adakah Saddiq melakukan tugasan buat rakyat ataupun tidak.
Dalam pada masa yang sama, Space Dollah juga mengambil kesempatan meluahkan perasaan dan keyakinannya terhadap kebolehan adiknya itu untuk mengubah negara ke arah yang lebih baik.
You have the ability to do so my brother. Saya percayakan anda. Dan akan mendoakan awak.
The post “Saya Sedih & Kecewa..” – Space Dollah Dedah Syed Saddiq Sedia Masuk Penjara Kalau Keputusan Tak Berpihak Kepadanya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments