#Hiburan: “Saya Tak Akan Berhenti Promosi Air Kosong, Demi Kesihatan Rakyat Malaysia..” – Dr. Rafidah

Boleh dikatakan, nama Dr. Rafidah sejak beberapa hari yang lalu menjadi bualan netizen serta disindir susulan dia meninggalkan komen bahawa hanya minum air kosong ketika berbuka puasa di salah satu konten buatan air manis pempengaruh terkenal, Khairul Aming.

Tak akan berhenti ajak minum air kosong

Biarpun teruk disindir oleh netizen, Dr. Rafidah sama sekali tidak akan berhenti mengajak rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan minum air kosong tanpa gula, perasa tiruan serta bahan pengawet.

Advertisement

Melalui akaun X Dr. Rafidah, dia mengulas tentang keburukan air manis serta boleh menjadi penyebab kepada obesiti dan penyakit kencing manis.

Berharap rakyat Malaysia sedar bahayanya air manis

Jadi saya benar benar berharap agar praktikkan ambil air kosong tanpa gula, tanpa susu pekat manis, tanpa pengawet yang lain. Saya sarankannya bukan hanya di bulan Ramadan, bulan Syawal.

Dalam pada itu, dia turut berkongsikan statistik obesiti di Malaysia yang semakin hari, semakin meningkat dan dijangkakan, 50 peratus rakyat Malaysia akan obesiti menjelang tahun 2050.

Susulan itu, Dr. Rafidah berharap agar orang ramai berhati-hati dengan pengambilan makanan serta minuman yang tidak sihat.

dr rafidah tegur ka
7 days ago

Khairul Aming Kongsi Menu Minuman Manis Untuk Berbuka, Dr Rafidah Bersuara - "Saya Berbuka Air Kosong, Hilang Juga Haus"

The post “Saya Tak Akan Berhenti Promosi Air Kosong, Demi Kesihatan Rakyat Malaysia..” – Dr. Rafidah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments