Pelakon Fattah Amin tampil menafikan dakwaan bahawa dia mengabaikan anak tunggal perempuannya, Fatima Aisya kerana terlalu sibuk dengan kerja.
Aktor berusia 34 tahun itu menafikan sekeras-kerasnya dan berkata dia tidak nampak keperluan untuk diirnya berkongsi detik pertemuan bersama anaknya berusia 4 tahun tersebut setiap kali mereka berjumpa meluangkan masa bersama.
Ada pihak yang kata saya terlalu sibuk sampai tak sempat jumpa anak. Saya terkilan dengan tuduhan seperti itu. Takkanlah setiap kali saya jumpa anak, saya perlu muat naik gambar atau video semata-mata untuk tunjuk kepada semua orang. Buat apa, kan?
Tambah aktor tinggi lampai itu lagi, ada masanya dia akan berkongsi namun bukanlah hanya demi content atau sengaja mahu meraih perhatian orang ramai di media sosial.
Saya kongsi bukan sebab nak buat konten. Tapi ada pula yang cakap bila dah jumpa anak, nak tunjuk dekat orang. Macam-macam persepsi.
Fattah memberi ulasan itu selepas ada pihak yang mendakwa bekas isterinyam Fazura tidak memberi kerjasama dan turut memohon orang ramai menabur fitnah.
Saya sendiri pening kepala dengan dakwaan-dakwaan ini. Bila saya kongsi, orang kata nak buat konten. Bila tak kongsi, orang kata saya tak jumpa anak.
Kata Fattah lagi, sebelum ini dia tidak dapat berjumpa dengan Fatima kerana faktor kesihatan anaknya dan sebagai bapa dia faham tentang itu serta tidak mahu memaksa anaknya untuk keluar dalam keadaan tidak sihat.
Jadi tolong jangan salahkan sesiapa kerana perkongsian saya sebelum ini nak beritahu saya ada berjumpa anak saya. Pihak Fazura pun memberi kerjasama yang baik. Tak ada sesiapa yang salah dalam hal ini.
Macam yang anda sendiri tengok keadaan dia tak sihat dan tak mahu berjumpa. Perkongsian saya itu hanya luahan hati seorang bapa saja.
The post Fattah Amin Nafi Dakwaan Abaikan Fatima Kerana Terlalu Sibuk Dengan Kerja – “Takkan Setiap Kali Jumpa Perlu Muat Naik Gambar?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments