#Hiburan: “Sabarlah, Saya Tak Keluar Hospital Lagi..” – Netizen Persoal Atikah Suhaime Ambil Epidural, Komen Perut Tak Kempis

Baru-baru ini, pelakon jelita, Datin Atikah Suhaime baru sahaja melahirkan cahaya mata sulungnya yang diberi nama Lyla Mulan Teh.

Berita gembira itu juga dikongsikan Atikah dan Suhaime buat para peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Advertisement

Dihujani ucapan tahniah dan selamat berpantang, namun ada juga yang mempersoalkan pilihan Atikah untuk mengambil epidural.

Malah, ada yang bertanyakan mengapakah badan Atikah masih lagi seperti orang mengandung meskipun baru sahaja melahirkan.

Aku beranak, baby keluar saja perut terus kempis, ke aku yang tak normal?

Epidural akan beri kesan panjang. Nanti akan selalu sakit badan, semua la. Ini hanya info.

Maklum dengan persoalan tersebut, Atikah sempat membalas pertanyaa netizen.

Sabarlah, saya tak discharge dari hospital lagi. Tak bawa bengkung pun.

Dalam pada itu, ramai yang berkongsi pengalaman melahirkan anak dengan mengambil epidural bagi mengelakkan daripada trauma dan berada dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja.

Sekadar info, Atikah dan suami, Datuk Lokman Teh telah bernikah pada 21 Januari 2024 yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

17 hours ago

Mengaku Salah Berkhalwat, Sarah Yasmine Tuntut Ganti Rugi RM875,000 Daripada Aliff Aziz - "Saya Beri Tempoh 7 Hari"

The post “Sabarlah, Saya Tak Keluar Hospital Lagi..” – Netizen Persoal Atikah Suhaime Ambil Epidural, Komen Perut Tak Kempis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments