#Hiburan: Tak Tangkap Penjenayah, Curi RM300K & Beg Prada, Ketua Balai Polis Bukit Jalil Dihadapkan Ke Mahkamah

Ketua Balai Polis Bukit Jalil, Inspektor Azlan Sudin dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan mencuri wang RM300,000 termasuk sebuah beg jenama mewah daripada seorang individu di sebuah kondominium, bulan lalu.

Tertuduh berusia 45 tahun itu yang bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan.

Advertisement

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi individu yang masih bebas, didakwa telah mencuri RM300,000 dan sebuah beg Prada hitam milik wanita berusia 35 tahun.

Kompleks Mahkamah KL

Kejadian itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Bukit Jalil, antara jam 5.45 petang hingga 6.20 petang pada 21 Februari lalu.

Disebabkan itu, bapa tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 21 Mei akan datang untuk sebutan semula kes.

 

Mengaku tak bersalah tidak menangkap penjenayah

Sementara itu, di mahkamah majistret yang berasingan, Azlan turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tidak menangkap seorang lelaki yang terlibat dengan jenayah.

Berdasarkan pertuduhan, Azlan sebagai anggota polis berpangkat Inspektor yang berkewajipan di sisi undang-undang menangkap lelaki berusia 35 tahun kerana terbabit dalam kesalahan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, yang mana dengan sengaja meninggalkan daripada menangkap orang itu.

tangan digari

Kesalahan itu dilakukan di lobi Balai Polis Bukit Jalil, Cheras antara jam 6.50 petang hingga 7 petang juga pada 21 Februari lalu.

Berikutan itu, Azlan didakwa mengikut Seksyen 221(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nursyuhada Husna Sulaiman memohon jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin namun peguam yang mewakili tertuduh, Huang memohon jaminan minimum.

Tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak, bekerja sebagai Ketua Balai Polis Bukit Jalil dengan pendapatan RM4,000. Anak guam sudah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 25 tahun dan tiada aduan terhadapnya selama ini.

 

Sebelum tertuduh direman, tertuduh pernah serah diri sebanyak dua kali untuk membantu siasatan, kami mohon supaya jaminan rendah dan bersesuaian dengan keupayaan kewangannya dan tidak membebankan.

Majistret Noorelynna Hanim Halim kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Mei untuk sebutan kes.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 weeks ago

Tular 4 Anggota Polis Didakwa Serbu Rumah Tak Ikut SOP & Peras Ugut RM1.2K - "Mereka Pecahkan CCTV & Ambil Memory Card"

The post Tak Tangkap Penjenayah, Curi RM300K & Beg Prada, Ketua Balai Polis Bukit Jalil Dihadapkan Ke Mahkamah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments