#Hiburan: “Mungkin Ada Kaitan Dengan Insiden Ini..” – Polis Rampas 6 Jenis Pil Dari Rumah Ridz Okumura

Melalui laporan Harian Metro, pihak polis telah merampas enam jenis ubat di kediaman usahawan serta personaliti media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura atas siasatan berhubung kes kematian isterinya, Akiko Okumura, pada Jumaat lalu.

polis rampas 6 jenis pil di rumah Ridz Okumura

Advertisement

Menurut Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, kes arwah Akiko ini masih diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), namun siasatan masih dijalankan dengan melihat beberapa sudut.

Ada beberapa ubat dalam bentuk pil yang kita rampas daripada rumah itu yang dipercayai daripada Jepun. Kita akan dapatkan bantuan daripada pihak kedutaan (Jepun) untuk kenal pasti apa ubat-ubat yang dia (Akiko) ambil, yang mungkin ada kaitan dengan insiden ini.

polis rampas 6 jenis pil di rumah Ridz Okumura

Apabila ditanya oleh pihak sama ada Akiko mempunyai sejarah menerima rawatan kemurungan, Hussein berkata hal itu masih dalam siasatan sama ada mangsa pernah jalani rawatan terbabit di Malaysia atau di negara asalnya, Jepun.

Dalam pada itu, Hussein memaklumkan pihaknya sudah merakam keterangan daripada enam individu selain suami mangsa serta anaknya.

2 days ago

"Seorang Kawan Pun Tiada. Dia Curahkan 100 Peratus, Dia Menghambakan Diri Dekat Saya & Anak"

The post “Mungkin Ada Kaitan Dengan Insiden Ini..” – Polis Rampas 6 Jenis Pil Dari Rumah Ridz Okumura first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments