Remaja lelaki berusia 18 tahun yang melanggar lampu isyarat di Jalan Persiaran Senawang 1, Seremban sehingga menyebabkan dua remaja maut pada Khamis lalu didapati tidak mempunyai lesen.
Mangsa yang meninggal dunia ialah Muhammad Aidil Ramdan, 15, dan Muhammad Aswari Lotpi, 16.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan perkara itu dan turut menafikan dakwaan tersebar di media sosial kononnya pemandu Honda Jazz tersebut berusia 15 tahun.
Ujarnya, pemandu berkenaan sebenarnya adalah remaja berusia 18 tahun dan polis kini masih belum mengambil keterangannya kerana masih dirawat di hospital.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara dan denda sekiranya didapati bersalah.
Siasatan turut tertumpu kepada kesalahan tiada lesen memandu yang dilakukan oleh pemandu tersebut.
Polis menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana boleh mengganggu siasatan dan untuk menjaga sensitiviti pihak yang berkaitan.
Terdahulu, rakaman dashcam ketika kejadian itu berlaku tular di media sosial dan siasatan awal polis mendapati kemalangan itu berlaku apabila kereta Honda Jazz tersebut gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat merah lalu melanggar dua motosikal yang datang dari arah sebelah kiri.
Kemalangan itu menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal jenis Modenas Kriss mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Remaja 18 Tahun Pandu Honda Jazz Sebabkan Kematian Dua Individu Didapati Tiada Lesen Memandu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments