#Hiburan: Bella Astillah Terharu Satu Keluarga Buat ‘Surprise’ Hari Jadi, Dedah Syed Saddiq Tukang ‘Plan’

Pelakon jelita, Bella Astillah meluahkan rasa syukur dan gembira apabila menerima kejutan hari jadi paling bermakna dari keluarga dan rakan-rakannya.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di Instagramnya, Bellla memberitahu dia merasa dirinya sangat bertuah kerana dikelilingi insan yang baik hati dan tahun ini sangat berbeza dari tahun sebelumnya.

Advertisement

keluarga bella astillah

Tahun 2024 tahun yang berat

Bella berkongsi tahun 2024 merupakan masa yang sangat sukar buat dirinya. Dia mengakui berasa sangat ‘down’ hingga sering menangis dan jatuh sakit.

Pada ketika itu, dia enggan berjumpa dengan sesiapa namun rakan-rakannya iaitu Balqish, Affa dan Aus tetap hadir memberikan kejutan sebagai tanda sokongan.

Walau bagaimanapun, pada tahun ini, tangisan pelakon itu bukan lagi kerana kesedihan tetapi kegembiraan.

bella astillah

Dia sangat bersyukur kerana perjalanan hidupnya pada tahun ini lebih tenang dan dia semakin memahami makna sebenar kehidupan.

Sekarang baru saya betul-betul faham apa erti ‘akan ada pelangi setelah hujan’. Jika kamu yakin akan ada pelangi selepas hujan, maka kamu harus yakin ada kebahagiaan setelah adanya perjuangan.

Dalam pada itu, pelakon itu turut mengucapkan terima kasih buat ibunya yang dianggap sebagai ‘mediator of my success’. Dia mendoakan agar ibunya sentiasa sihat dan diberikan kebahagiaan.

Dia turut mengucapkan terima kasih buat ayahnya yang sentiasa menyayangi dan membantu menjaga anak-anaknya iaitu Ayden dan Ara.

Di penghujung perkongsian, pelakon itu mengucapkan terima kasih kepada ‘Ironman’ Syed Saddiq kerana merancang kejutan istimewa tersebut.

bella astillah syed saddiq

Grumpy Munchkin ini sangat menghargai usaha awak meluangkan masa untuk merancang kejutan, Ironman Syed Saddiq. Terima kasih.

syed saddiq
20 hours ago

Hasil Jadi Model Bersama Bella Astillah, Syed Saddiq Serahkan Sumbangan RM1.36 Juta Untuk Muar

The post Bella Astillah Terharu Satu Keluarga Buat ‘Surprise’ Hari Jadi, Dedah Syed Saddiq Tukang ‘Plan’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments